Selasa, Oktober 11, 2011

Mengapa HIMPUN?





Khamis, Oktober 06, 2011

AYUH HIMPUN!


Mengapa perlu HIMPUN?
1. Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy,
2.
‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,
3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.
4.Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.
5. Peristiwa 3 Ogos 2011
membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.
Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri


Apa Objektif HIMPUN?
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media
b.
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
c.
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d.
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e.
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Apa Prinsip HIMPUN?
a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Siapa Penganjur HIMPUN?

  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?
Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di
Stadium SHAH ALAM,
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011,
bermula jam 2ptg-6ptg

Apa Kandungan HIMPUN?
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT

Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Telefon
03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?

http://himpun.org/

http://www.facebook.com/pages/HIMPUN/281101321908972


AYUH BERHIMPUN!

AYUH BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM!

NYATAKAN SOKONGAN ANDA PADA KEDAULATAN ISLAM!

Isnin, September 19, 2011

Selamat Kembali ke Semester Baru!

 PEMBINA Pahang mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada warga PEMBINA yang kembali meneruskan sesi pembelajaran di IPT masing-masing. Selamat meneruskan perjuangan sebagai pelajar demi pembangunan ummah!

Selasa, Ogos 23, 2011

Fasa III Ramadhan: Lega?

Ramadhan kini sudah di penghujungnya. Setelah lebih 20 hari menuntut di madrasah Ramadhan, apakah ijazah taqwa itu semakin kita gapai atau sebaliknya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah:183)
Tidak dinafikan, isu taqwa adalah isu cliché dalam bulan mulia ini, sering disebut-sebut dan diulang-ulang. Barangkali ada yang sudah jemu mendengarnya. Namun sedarkah kita akan kepentingan taqwa itu?

Bukankah Allah menyebutkan dalam Al-Quran, bahawa taqwa itu adalah sebaik-baik pakaian?

    "…tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik…" (Al-A'raaf:26)

Pakaian adalah sesuatu yang memelihara kita daripada kotoran, dan memelihara aurat dan 'aib kita. Dalam zaman kita sekarang, pakaian terbaik sering diertikan dengan pakaian-pakaian yang dibuat daripada kain sutera ataupun kain yang mahal, yang lembut dan sedap dipakai. Namun di sisi Allah, taqwa itulah pakaian terbaik bagi seorang Muslim. Dengan taqwalah, 'aib kita akan terlindung dan kita terpelihara dari kotoran-kotoran ghaib (dosa). Bagaimana taqwa itu berfungsi sebagai pakaian terbaik?

Dengan taqwa, kita akan berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan.

Dengan taqwa, kita akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang Allah sukai demi mencapai redhaNya.

Dengan taqwa juga, kita akan sentiasa merasai pemerhatian Allah ke atas kita dan sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang akan mengundang azab dan murka Allah s.w.t.

Justeru, taqwa itu akan menjadi pakaian yang memelihara dan melindung kita dengan sempurna.

Selain itu, taqwa meletakkan seseorang di tempat yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah.

"…Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa…" (Al-Hujuraat:13)
Siapa yang tidak mahu dipandang mulia dan tinggi? Di sisi manusia sahaja, kita akan selalu mengejar rasa hormat orang lain pada kita. Dengan taqwa, Allah telah menjanjikan kemuliaan, bukan di sisi manusia, tetapi di sisiNya Yang Maha Tinggi, cinta agung kita. Dan ketahuilah, apabila Allah sendiri telah memuliakan kita, seluruh penduduk langit dan Bumi yang taat kepada Allah akan turut memuliakan kita. Tidak mahukah kita?

Jadi, bagaimana agaknya dengan puasa, kita mampu beroleh taqwa?

Hakikatnya, puasa melatih kita untuk mengawal diri kita, atau dengan kata lain, self-control. Kita mendidik diri kita untuk mengawal diri daripada menuruti kehendak nafsu; nafsu makan, nafsu syahwat, amarah dan sebagainya. Dan di akhirnya, andai kita menggunakan formula yang tepat, yakni menahan diri lebih daripada sekadar makan dan minum, kawalan terhadap nafsu ini akan membuahkan natijah taqwa yang kita harap-harapkan.

Oleh itu, dalam beberapa hari yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama melakukan pecutan terakhir, meningkatkan amalan dan kesungguhan untuk kita merebut janji Allah yang pasti bagi yang benar-benar beramal, yakni ijazah taqwa itu sendiri.

Semoga kita berhasil memanfaatkan Ramadhan yang merupakan sebuah hadiah istimewa daripada Allah ini, malah satu peluang yang Allah sediakan untuk kita melatih diri dan menjadikan ia turning point untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik dalam 11 bulan yang akan datang dan seterusnya, Insya-Allah.

Isnin, Ogos 01, 2011

Salam Ramadhan!!!



Salam Ramadhan diucapkan kepada seluruh warga PEMBINA.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik amal ibadahnya dari sebelumnya..ameen..